Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Islam Sempena Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dan Berbuka Puasa Zon Tengah 2012 pada tahun ini diadakan di Perkarangan Surau An-Nur Penjara Sungai Buloh.
Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia hadir bagi memeriahkan majlis. Turut sama ialah Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Zon Tengah dan wakil-wakil Institusi dalam Zon Tengah serta Y.Bhg Dato' Hj Abdul Shukur Bin Idrus, ADUN N13 Kuang. Dalam majlis yang dianggarkan seramai lebih kurang 1200 orang hadir, Y.Bhg KJP Datuk Wira juga telah merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Penjara Malaysia dengan simbolik penyerahan bendera kepada Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Tengah dan seterusnya juga telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa Wakil Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz. Y.Bhg ADUN Kuang turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Tabung Surau An-Nur bagi keperluan Bulan Ramadhan dan penambahbaikan Surau An-Nur.
""