Karnival Sukan Dan Kebudayaan Penghuni Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran bersama Kelab SAHABAT Penjara Malaysia telah berlangsung dari 27 hingga 29 Disember 2011 di Kompleks Penjara Bentong , Pahang. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Dato' Davendran a/l Murthy, ADUN Pahang Kawasan Sabai pada 27 Disember 2011 manakala majlis perasmian penutupan telah diadakan pada 29 Disember 2011 oleh YBhg. Tan Sri Dato? Azman bin Hashim, Pengerusi AMBank Group selaku Presiden Kelab SAHABAT Penjara Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar dan Datin Wira, KPj Jamaludin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, YBhg. KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan Isteri, YBhg. Datuk Jamil bin Salleh, TKSU Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan, Pengarah-Pengarah Institusi yang mengambil bahagian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab SAHABAT Penjara Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bentong, Badan-badan NGO serta wakil-wakil dari AMBank Group. Majlis penutupan turut diserikan dengan persembahan oleh 2 orang artis iaitu Ameng ( Spring ) dan Maya serta persembahan khas oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato? Azman Hashim serta Kumpulan Singing Studio.Sebanyak 17 buah institusi mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 350 penghuni dan 13 acara sukan di pertandingkan iaitu Futsal, Sepaktakraw, Ping Pong, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Raga Bulatan, Dam Aji, Catur, Karom, Congkak, Nyanyian Solo, Nyanyian Berkumpulan dan Tarik Tali. Penjara Bentong telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan Dan Kebudayaan Penghuni Peringkat Kebangsaan tahun 2011. Majlis seterusnya menyaksikan penyerahan bendera kejohanan kepada Institusi penganjur Tahun 2012 iaitu Penjara Seberang Prai, Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan jamuan 'Hi-Tea' dan menandatangan Buku Pelawat.
""