Pada 31 Disember 2011 Penjara Simpang Rengam, Johor telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan persaraan 3 kakitangan dan 9 pegawai yang bertukar. TPKj AB. Basir b. Mohamad telah merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan yang bersara atas sumbangan semasa dalam perkhidmatan dengan Jabatan Penjara. Beliau juga berharap mereka dikurniakan kehidupan yang sihat selepas bersara. Sementara kepada kakitangan yang bertukar ke institusi lain beliau berharap dapat terus memberikan komitmen yang tinggi di tempat baru. Juadah makanan malam tersebut disediakan secara gotong royong mengikut blok kediaman kakitangan.
""