Pada 31 Disember 2011, sambutan Tahun Baru 2012 telah diadakan peringkat Penjara Alor Setar, Kedah berlangsung dengan meriah di perkarangan Penjara Alor Setar.
Tujuan diadakan sambutan tahun baru ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim, kerjasama di antara kakitangan dan keluarga serta kakitangan agensi kerajaan yang lain.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sementara menanti detik jam 12 tengah malam iaitu persembahan hiburan dari Band 3 D?S, persembahan Silat Gayong, aktiviti menduga akal, persembahan muzik tradisional oleh Kumpulan Kesenian Penjara Alor Setar dan konvoi berbasikal yang terdiri daripada kakitangan dan anak-anak kakitangan.
Turut diadakan ialah penyampaian cenderahati oleh Pengarah Penjara Alor Setar kepada pegawai-pegawai yang bertukar dan bersara. Tidak ketinggalan PERSIAP Penjara Alor Setar turut mengambil bahagian dengan menyediakan makanan dan minuman.
Acara kemuncak ialah gimik sambutan tahun baru iaitu pertunjukan bunga api dan acara memotong riben Streamer Tahun Baru 2012 yang disempurnakan oleh PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid dan isteri.
Turut hadir ialah wakil-wakil institusi penjara dan Parol Negeri Kedah dan Perlis, Ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Kedah, Ahli Lembaga Hakim Pelawat dan pesara-pesara.
""