Sabtu, 7 Januari 2012, satu Larian Kesihatan MAKSAK anjuran Sarawak Biodiversity Centre telah diadakan di KM20, Jalan Puncak Borneo Kuching. Larian tersebut telah disertai oleh beberapa agensi daripada kerajaan Negeri Sarawak dan juga Pesekutuan. Jabatan Penjara Negeri Sarawak telah menghantar seramai 50 pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah merasmikan dan melepaskan para peserta Larian MAKSAK bagi bulan Januari 2012.
""