Kajang Bagi Bulan Januari 2012 telah dikelolakan oleh Instiutusi Penjara Kajang bertempat di Padang Kawad, Maktab Penjara Malaysia, Kajang. Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan dihadiri oleh Y. Bhg. TKJP Dato' Hj. Hassan b. Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional). Perhimpunan tersebut turut disertai oleh pegawai/anggota dan kakitangan awam dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Maktab Penjara Malaysia dan Parol Selangor. Di dalam majlis tersebut Y. Bhg. TKJP Dato' Hj. Hassan b. Sakimon telah memakaikan pangkat kepada seorang pegawai yang telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Penjara dan (5) orang pegawai ke Ketua Inspektor manakala seramai (37) orang menerima pingat-pingat jabatan.
""