Pada 14 Januari 2012, Institusi Penjara Alor Setar, Kedah telah menerima lawatan daripada Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana perkembangan pengoperasian Bengkel Makanan Sejuk Beku dan Bengkel Konfeksioneri di Blok Wanita. Bengkel ini telah beroperasi pada 2 Januari 2012 dan mengeluarkan beberapa jenis produk seperti Karipap Ayam, Cucur Badak, Mini Murtabak dan pelbagai jenis kek, roti serta biskut untuk dipasarkan.
Lawatan tersebut turut disertai oleh KPj Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan,TKPj Dato? Mohd Sakeri bin Hj. Dollah, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri, TKPj Nordin bin Hj. Muhamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, PP Sabu bin Hassan, Pengarah Parol Negeri Kedah dan pegawai ? pegawai kanan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia.