Penjara Alor Setar telah menerima kunjungan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Soraya Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 17 Januari 2012. YTM Tunku Soraya merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman.
Ketibaan YTM Tunku Soraya disambut oleh PP Bahdun bin Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar dan pegawai-pegawai kanan. Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai Penjara Alor Setar dan pelaksanaan Program Pemulihan kepada penghuni penjara yang telah disampaikan oleh PP Bahdun bin Salleh.
Melengkapkan kunjungan tersebut, YTM Tunku Soraya telah dibawa melawat ke Bengkel Makanan Sejuk Beku dan Bengkel Konfeksioneri di Blok Wanita. Kedua-dua bengkel ini telah beroperasi pada 2 Januari 2012 telah menghasilkan makanan sejuk beku seperti karipap,cucur badak, murtabak mini dan pelbagai jenis kek serta roti untuk pasaran negeri-negeri zon utara.
Kunjungan YTM Tunku Soraya ini merupakan penghargaan ke atas usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan Program Pemulihan kepada penghuni penjara.