Unit Agama Islam Ipd Jelebu Telah Mengadakan Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Peringkat Penghuni Pada 13 Januari 2012. Program Ini Disertai Seramai 292 Orang Penghuni Islam. Majlis Dimulakan Dengan Solat Hajat Secara Berjemaah Yang Diimamkan Oleh Ustaz Mat Nasir B Mustafa, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Ipd Jelebu Dan Seterusnya Bacaan Yasin Yang Dipimpin Oleh Penghuni Mohd Jani B Yaakob. Manakala Pada 19 Januari 2012 Pula Telah Diadakan Majlis Bacaan Yasin Peringkat Kakitangan Anjuran Ajk Surau Al-Ikhlas Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Dengan Penglibatan Seramai 50 Orang Kakitangan Dan Juga Keluarga. Seluruh Warga Jabatan Penjara Dan Penghuni Mendoakan Kesejahteraan Ke Atas Dymm Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Serta Kemakmuran Yang Berterusan Di Bawah Naungan Pemerintahan Dymm Tuanku.
""