Beberapa aktiviti telah diatur bersempena dengan sambutan perayaan tahun baru cina. Bermula pada 23 Januari 2012 semua penghuni telah menerima sumbangan berupa makanan dan buah limau daripada Persatuan Buddha Taiping. Pada 24 Januari 2012 pula seramai (94) orang penghuni melibatkan (12) banduan sabitan dan (82) tahanan reman telah mengikuti program ceramah kerohanian dan upacara sembahyang yang dikendalikan oleh tiga orang guru agama daripada Persatuan Buddha Taiping . Pada 25 Januari 2012, institusi telah menganjurkan Program Jalinan Kasih di Perkarangan Unit Kawalan dan Pencegahan(UKP).
""