| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran "Sistem Gerbang Pembayaran Elektronik" Kad 1Penjara

Bukit Wira - 09 Feb 2012, Majlis Pelancaran "Sistem Gerbang Pembayaran Elektronik" Kad 1 Penjara  Jabatan Penjara Malaysia telah di adakan di Perkarangan Kantin Ibu  Pejabat Penjara Malaysia. Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar. Hadir sama dalam majlis tersebut Y.Bhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, YS KPj Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Ketua Seksyen IPPM, Pengarah Institusi Penjara Zon Tengah serta  pegawai dan kakitangan IPPM.


Sebelum melancarkan "Sistem Gerbang Pembayaran Elektronik" Kad 1 Penjara  dalam ucapanya Y. Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara Malaysia memaklumkan bahawa tujuan utama sistem ini diadakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan bagi menjayakan satu lagi tranformasi agar sistem pentadbiran organisasi kerajaan menjadi  lebih efisyen , bukan sahaja untuk para pegawai dan kakitangan malah pelawat juga dapat menikmati kemudahan ini. Y. Bhg. Datuk Wira berharap semoga sistem ini mendapat sokongan penuh daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia dalam mempertingkatkan lagi keselamatan di penjara.

 

""