Bukit Wira - 13 Februari 2012 Jabatan Penjara Malaysia telah dikunjungi oleh delegasi daripada Republik Iran yang diketuai oleh Encik Hamid Reza Shakeri Niasat, Ketua Pengarah Hal Ehwal Rakyat Iran, Kementerian Luar Negeri Iran dan Encik Zahandeh, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Iran. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meninjau masalah-masalah yang berkaitan dengan warganegara Iran di Malaysia terutama pesalah-pesalah yang sedang menghadapi hukuman penjara di sini. TKPj Hj. Ahmad Faudzi bin Hj Awang, Ketua Seksyen Inteligen, Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang mewakili YBhg.Datuk Wira KJP menerima kunjungan hormat tersebut dan mengadakan perbincangan lanjut bersama delegasi yang hadir.
""