Sabtu, 18 Febuari 2012, Seramai 178 orang mahasiswa serta 12 orang jurulatih Kor Suksis Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Agro Dusun Dato' Murad. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan sistem pengurusan dan pemulihan di penjara dan secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran kepada para mahasiswa.Satu sesi taklimat mengenai perjalanan Program Pemulihan Insan yang telah disampaikan oleh ketua unit PPI iaitu IP Abdul Haiyy Bin Md Ghaus. Seterusnya, mahasiswa dibawa melawat sekitar kawasan Agro Dusun Dato' Murad.
""