| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah,Jelebu, Negeri Sembilan

Pada 09.02.2012 anjuran unit rawatan dan pemulihan IPD Jelebu telah mengadakan satu program sempena Tahun Baru Cina. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi adat dan budaya masyarakat cina sempena menjelang Tahun Baru Cina di kalangan penghuni.  Selain daripada itu, ianya juga dapat memupuk kerjasama antara penghuni yang berbilang bangsa agar penerapan 1 Malaysia dapat disemai di kalangan penghuni itu sendiri.


Program ini bermula 0900 pagi hingga 1015 pagi dengan dihadiri oleh penghuni dari setiap kawasan.  Penghuni Blok C diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Ianya telah dihadiri oleh KIP Mazlan Bin Aine selaku Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan, TPP Zool Fadli Bin Ismail Bahagian Pengurusan merangkap ketua bahagian Rawatan dan Pemulihan serta pegawai kebajikan dan lain-lain kakitangan.

 

Berbagai agenda telah dibuat oleh penghuni dalam menjayakan program ini seperti sketsa Tahun Baru Cina, nyanyian, penulisan kaligraf cina, iklan, Yee Sang dan lain-lain persembahan. Acara penutup ini telah disempurnakan oleh TPP Zool Fadli Bin Ismail bagi mewakili Pengarah IPD Jelebu. Kemeriahan dapat dirasai melalui pancaran wajah dan gelak tawa penghuni serta senyuman tanda kepuasan oleh penghuni.

 

""