Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya memperolehi pensijilan semula kali kedua bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008. Pensijilan ini diperolehi dari SIRIM QAS International untuk 3 tahun bermula dari 20 Disember 2011 melibatkan 96 buah institusi penjara dan perkhidmatan parol, di bawah skop "Pengurusan Penahanan Banduan Meliputi Banduan Sabitan Hukuman Lama Dan Hukuman Singkat Dari Peringkat Pendaftaran Sehingga Banduan Dibebaskan Termasuk Banduan Yang Diparol".
Bersempena dengan itu, majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri kepada Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Hj. Omar pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang diadakan pada 23 Februari 2012.