20 Februari 2012, Penjara Alor Setar telah diamanahkan sebagai tuan rumah untuk menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011, Jabatan Penjara Malaysia peringkat Zon Utara 2.
Majlis ini telah berlangsung di Auditorium Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah dan telah disempurnakan oleh Y. Bhg Dato' Alwi bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pendaftaran & Imigresen). Turut hadir ialah Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan Pengerusi Pengelola Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011, peringkat Zon Utara 2, PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid, Pengarah Penjara Alor Setar serta Ketua-ketua institusi Zon Utara 2.
Seramai 182 orang penerima anugerah terdiri daripada kakitangan pelbagai pangkat dari institusi Zon Utara 2 telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011.
Sebelum itu, pada sebelah malamnya, diadakan Majlis Makan Malam dan 'Dinner Talk' yang disampaikan oleh Y. Bhg Profesor Emeritus Dato? Dr. Amir Awang, Felo Akademik, Pusat Pengajian dan Perkhidmatan & Psikologi , Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Menggapai Kejayaan dan Kecemerlangan' kepada penerima ?penerima anugerah.