Pada 20 hingga 23 februari 2012, Institut Koreksional Malaysia telah menganjurkan dua kursus secara serentak iaitu KURSUS PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN SENJATA TASER X26 BAGI TRUP TINDAKAN CEPAT (TTC) DAN KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF. Seramai 35 orang peserta terdiri dari ahli kumpulan KIK dari seluruh Institusi Penjara Malaysia telah menghadiri kursus ini. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dalam meningkatkan lagi kemahiran penggunaan tools dalam persembahan KIK. Tenaga pengajar terdiri daripada PKP Hamzani Bin Che Berahim, pengarah Penjara Marang dan KIP Roslan Bin Jusoh. Bagi KURSUS PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN SENJATA TASER X26 pula, Seramai 31 orang anggota TTC telah hadir. Objektif utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan asas dalam penggunaan dan pengendalian senjata X26. Selain itu juga ianya bertujuan untuk membina dan meningkatkan keupayaan peserta tentang teknik-teknik yang sesuai bagi mendapatkan tembakan yang tepat. Tatacara penggunaan dan penyelenggaraan senjata X26 ini juga dititik beratkan.Fasilitator terdiri daripada KIP Yusli Bin Yusof.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Komandan Institut Koreksional Malaysia, Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang. Tutut hadir KIP Burhanudin Bin Ismail , KIP Roslan Bin Jusoh dan KIP Yusli Bin Yusof.
""