| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Y.Bhg. Dato' Alwi Bin Haji Ibrahim, Tksu Kanan (K), Bersama Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak

Sabtu, 8 Disember 2012, satu Program Outreach Y.Bhg. Dato' Alwi bin Haji Ibrahim, TKSU Kanan (K), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bersama Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium Sri Sarawak, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir di dalam program tersebut, Komisioner Y.Bhg. Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Keselamatan & Koreksional), Yang Arif Tuan Wong Teck Meng, Pengerusi Lembaga PAROL, TKPj Tuan Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol Dan Komuniti IPPM, PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PP Fathi bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, PP Walace anak Nawon, Pengarah Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak serta Pihak Lembanga Dan Urusetia PAROL, Pihak KDN, Agensi Kerajaan/Swasta, pihak NGO, pihak majikan ODP, pihak keluarga serta ODP dan bekas-bekas ODP.


Tujuan program ini diadakan adalah memberi peluang pertemuan di antara pihak pengurusan tertinggi KDN bersama pelaksana sistem parol di Negeri dan Daerah serta ODP, keluarga ODP, majikan, masyarakat dan agensi kerajaan serta NGO yang terlibat dengan intervensi dan juga untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelaksana sistem parol. Di akhir program ini, sesi dialog pihak keluarga ODP, ODP dengan Y.Bhg. Dato' TKSU Kanan (K), KDN telah diadakan dengan jayanya.

 

""