| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Kecergasan Dan Ketahanan Mental Fizikal Anggota Penjara Seberang Perai

Pada 6 Disember 2012, Unit Latihan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Latihan Kecergasan Dan Ketahanan Mental Fizikal siri 1/2012 bertempat di Gunung Jerai, Gurun Kedah kepada 40 anggota Penjara Seberang Perai pelbagai pangkat awam dan uniform yang diketuai oleh TPP Azhari bin Zaman.


Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan ketahanan mental fizikal kakitangan, memupuk semangat kerjasama berpasukan dan meningkatkan tahap stamina kakitangan. Bermula seawal 6:30 pagi, peserta kursus telah berkumpul di perkarangan Penjara Seberang Perai untuk  taklimat dan persiapan menjalani latihan.. Pada jam 8:30 pagi, semua peserta sampai kaki Gunung Jerai, semua anggota melakukan senaman regangan bagi mengelakan kecederaan sebelum memulakan pendakian.


Pendakian yang mengambil masa selama 6jam telah dapat memberi pelbagai pengalaman dan permandangan alam semulajadi yang menarik kepada anggota.  Semua peserta telah berjaya sampai ke kemuncak dan menikmati permandangan dan kesegaran udara semulajadi disamping mencapai objektif latihan yang mementingkan nilai kerjasama berpasukan.

 

""