Pada 4 Disember 2012, Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Kejohanan Sukan Penghuni Peringkat Penjara Seberang Perai bertempat di Padang Kompleks Sukan. Antara objektif kejohanan ini di adakan ialah bertujuan memupuk semangat kesukanan serta mencungkil bakat yang ada dalam diri penghuni. Karnival ini telah dirasmikan oleh PP Amer @ Amir bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai. Acara sukan yang di pertandingkan ialah Bola Sepak, Sepak Takraw, Tarik Tali, Congkak, Karom dan Chess. Selain itu turut diadakan acara sukaneka bagi kategori penghuni wanita sahaja.
""