Pada 17 Dis sehingga 18 Disember 2012, telah diadakan Seminar Extremist Detainees : Rehabilitation and National Security di MATOC (LISRAM) Langkawi. Seminar ini melibatkan peserta dari dalam dan luar negara (Negara ahli APPCA) dan organisasi yang berkait rapat dengan koreksional. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop Timbalan Menteri, Kementerian Dalam Negeri pada 17 Disember 2012. Hadir sama YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YS. TKP (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Institusi serta para peserta seminar.
""