23 Disember 2012 Program Komuniti Pusat Koreksional Dungun Bersama Masyarakat telah dirasmikan oleh YB Datuk Za'abar bin Dato' Hj Mohd Adib , Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu . Program ini turut disertai oleh YB Dato' Din bin Adam, ADUN Bukit Besi, JKK serta penduduk kampung sekitar Bukit Besi, Agensi/Jabatan kerajaan serta kakitangan Pusat Koreksional Dungun. Diantara aktiviti yang dilangsungkan ialah senamrobik, Berjalan 10,000 langkah, pameran dan aktiviti sukan.Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara masyarakat setempat, agensi/ jabatan kerajaan dan NGO di dalam program pemulihan banduan.
""