27 Disember 2012 - Unit Program Pembangunan Insan ( PPI ) Penjara Pokok Sena telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krimas peringkat penghuni Penjara Pokok Sena di Dewan Pemulihan Penjara Pokok Sena. Program yang bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari melibatkan seramai 10 orang penghuni. Majlis ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara, Hj Zawari Bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Pokok Sena. Menerusi pendekatan ini, ianya diharapkan dapat memberi sokongan di dalam memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.
""