Pada 14 Ogos 2012, bersamaan 25 Ramadhan 1433 H Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Penghuni Bersama Pengarah Penjara Pokok Sena yang telah diadakan di Surau Al-Munir Penghuni Penjara Pokok Sena bermula jam 05.00 Petang hingga 08.30 malam .
Majlis Ini turut di serikan lagi dengan kehadiran, Penolong Kanan Komisioner , Hj Zawari Bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Pokok Sena, Kakitangan Penjara Pokok Sena dan Pegawai Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Aturcara majlis di mulakan dengan Khatam Al-quran dan Tahlil, , Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Rahman Bin Saad , penyampaian saguhati Tadarus Al-quran serta penyerahan replika cek kutipan zakat kakitangan dan penghuni Penjara Pokok Sena bagi tahun 2012 ini.
""