Pada 4 Ogos 2012 (Sabtu) bersamaan 15 Ramadhan 1433H, Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah mengadakan majlis Berbuka Puasa Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Majlis telah bermula pada jam 6.30 petang bertempat di Dewan Alamanda, PPA Machang.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua-Ketua Jabatan Daerah Machang, ahli-ahli lembaga pemeriksa, para pesara, pegawai-pegawai dari Penjara Pengkalan Chepa dan Parol Negeri Kelantan serta kakitangan dan keluarga PPA Machang.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dari Asrama Bakti Machang oleh PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Seramai (30) orang anak yatim dari Asrama Bakti Machang telah diraikan dalam majlis tersebut.
""