Penjara Tawau telah mengadakan Program Iftar Ramadhan Peringkat Institusi pada 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433 yang dihadiri oleh Pengarah Penjara Tawau, PKP Sazali bin Ismail. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Pejabat Konsulat Republik Indonesia Tawau, Ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, warga Taman Ehsan penjara Tawau dan anak-anak yatim Ar-Raudah bagi memeriahkan lagi suasana. Antara program Iftar Ramadhan ialah Majlis Khatam Al-Quran dan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Al-Falah, Ustaz Checep Mustafa. Majlis dimeriahkan lagi dengan pemberian duit raya kepada 37 orang anak yatim Ar-Raudah dan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nilam. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa di Dewan Wawasan Taman Ehsan, solat Maghrib, solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah di Surau An-Nur.
""