Pada 6hb Ogos 2012, unit Pemulihan Penjara Wanita Kota Kinabalu dengan kerjasama JAKIM cawangan Sabah telah mengadakan majlis Ihya Ramadhan bersama penghuni di Penjara Wanita Kota Kinabalu. Hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali. Majlis diserikan dengan kehadiran ketua-ketua institusi kompleks Penjara Kota Kinabalu PKP Halim Ma Hassan, PP Maidin Bin Hj Din, PP Bismillah Bin Abg Masra serta pegawai-pegawai kanan.
Mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia dan dalam majlis yang sama, dua penghuni dengan rela dan suci hati juga telah memeluk agama Islam. Proses pengIslaman dilaksanakan oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Turut diadakan program Tadarus Al Quran oleh penghuni dan Tazkirah Ramadhan bertajuk "Al-Quran ? panduan Ummah" yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Asri Bin Ishak dari Sekolah Henry Gurney Wanita. Saguhati kepada penghuni disampaikan oleh PKP Nora Binti Musa.