Pada 09 Ogos 2012, bertempat di Surau Al-Nur Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni. Tetamu undangan yang hadir ialah Yang Berhormat Dato' Yunus Bin Rahmat Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kuala Klawang dan turut dihadiri Yang Setia Tuan Anathurai a/l Kalimuthu Pengarah IPD Jelebu dan beserta ahli Lembaga Hakim Pelawat.
Majlis diserikan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan alunan zikir oleh penghuni blok. Seterusnya, penyampaian buku kepada penghuni sempena program "1 Keluarga 1 Buku" sumbangan oleh Yang Berhormat Dato' Yunus Bin Rahmat kepada perpustakaan penghuni dan cenderahati lukisan potret oleh penghuni kepada Yang Berhormat Dato' Yunus Bin Rahmat. Kemudian, semua hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Sebelum bersurai, pengarah menjemput para jemputan ke sudut "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" untuk menulis kata-kata semangat di dalam buku pelawat "Coretan Semangat Kemerdekaan". Pengarah institusi dan seluruh warga institusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kehadiran Yang Berhormat Dato' Yunus Bin Rahmat dan para jemputan.
""