15 Ogos 2012 - Majlis Khatam Al-Quran ini telah disertai seramai 29 penghuni lelaki dan 12 orang penghuni wanita. Program Tadarus ini yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Jalil Abd Samad, SP Ghaffar Musa dan WP Zainuddin Talib telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan berakhir pada 24 Ramadhan yang lalu. Program ini bukan sekadar meraikan majlis Khatam Al-Quran dan penyerahan zakat sahaja tetapi juga sebagai salah satu bentuk pemulihan bagi memupuk kerohanian diri mereka sendiri.
Pengarah SHG Melaka PKP Jamil Razif Bin Kassim yang turut hadir dalam program ini berharap penghuni bukan saja tahu membaca Al-Quran malah turut memahami maksud ayat Al-Quran tersebut. Di akhir ucapan beliau juga berharap dengan didikan membayar zakat disini secara tdak lansung penghuni mempunyai rasa tanggungjawab sebagai umat islam meneruskan pembayaran zakat setelah dibebaskan dan mempunyai pendapatan sendiri agar ia dapat disalurkan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Majlis diakhiri dengan PKP Jamil Razif bin kassim mewakili 242 orang penghuni menyerahkan wang zakat sebanyak RM 1,573.00 kepada SP Ghafar Musa sebagai Amil SHG yang dilantik oleh Pusat Zakat Negeri Melaka.
""