| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pengagihan Bubur Lambuk Dan Pelancaran Jalur Gemilang Oleh Ketua Menteri Melaka Bersama Kakaitangan Dan Banduan Penjara Pra Bebas Dususn Dato' Murad

Selasa, 14 Ogos 2012 - Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad telah menganjurkan program pengagihan bubur lambuk dan pelancaran jalur gemilang bertempat di Surau Asy-Syifa' Dusun Dato' Murad. Program ini telah dihadiri oleh PKP Mohamad Bin Ismail, Pengarah Penjara Pra bebas Dusun Dato' Murad dan Pengarah Parol Negeri Melaka PP Zalina Bte Mohd Yunus. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Program dimulakan dengan pengagihan bubur lambuk kepada kakitangan dan banduan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Rustam. Program diakhiri dengan pelancaran Jalur Gemilang bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke 55.

 

""