16 Ogos 2012 - Seramai 30 orang penghuni bersama-sama kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dan disertai 6 pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan praktikal disini berganding bahu dalam program mengacau dodol sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka, PKP Jamil Razif bin Kassim menjelaskan, program ini adalah satu aktiviti masyarakat dan disinilah wujudnya budaya saling bantu membantu yang cuba diterapkan kepada penghuni disini, Beliau yang turut bersama-sama mengacau dodol berharap keunikan budaya dan warisan nenek moyang ini akan berterusan dan tidak dilupakan oleh generasi muda akan datang.
Program mengacau dodol sebanyak empat kawah bermula jam 9.00 pagi berakhir jam 2.30 petang dan diagih kepada 500 penghuni yang ditahan disini.
""