| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Dialog Bersama Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri

Pada 16 Ogos 2012, Jabatan Penjara Malaysia amat berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato'  Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha (KSU), KDN bersempena dengan Sesi Dialog yang diadakan di MESS Pegawai Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang. Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan Tertingi Jabatan Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian dan 300 Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Pada permulaan majlis dialog berkenaan, YBhg. Dato' mengalu-alukan kehadiran semua pegawai-pegawai yang turut serta. YBhg Dato' KSU turut memaklumkan pertemuan dengan beliau tidak perlu hanya melalui majlis-majlis khusus seumpama itu sebaliknya boleh terus  dilakukan ketika perjumpaan beliau dengan jabatan-jabatan di bawah KDN.Beliau turut berkongsi pendekatan 'turun padang' yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan kakitangan awam. Pengurusan Stress di kalangan kakitangan awam turut ditekankan oleh beliau melalui cara kerja berpasukan untuk sama-sama mencapai matlamat organisasi , jabatan dan juga kementerian.

 

""