| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Walkabout Ybhg. Dato' Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara Ke Penjara Wanita Kajang Dan Majlis Berbuka Puasa Maksak Malaysia 2012

16 Ogos 2012, Kompleks Penjara Kajang, seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia amat berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara bersempena dengan Program Walkabout ke Penjara Wanita Kajang dan Majlis Berbuka Puasa MAKSAK Malaysia yang diadakan di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang. Sebelum itu, YBhg. Dato' Sri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia  telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia Bil 115 (3/2012) yang diadakan di Bilik Persidangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira. Pemilihan Jabatan Penjara sebagai tuan rumah mesyuarat selaras dengan perlantikan YBhg. Datuk Wira Hj Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia sebagai Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia. Pada majlis berbuka puasa MAKSAK Malaysia turut menyaksikan YBhg. Datuk Wira Komisioner Jeneral Penjara menerima sumbangan Aidilfitri MAKSAK Malaysia bernilai RM 10.000.00 kepada Majlis Sukan Penjara Malaysia. Majlis berbuka puasa juga turut dihadiri bersama oleh YBhg.Dato' Abd Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.

 

""