6 April 2012 yang lalu telah diadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang Dan Penyampaian Sumbangan Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Tengah di bawah kelolaan Penjara Wanita Kajang. Majlis sempena meraikan pesara-pesara bagi tahun 2012 dan anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun 2011. Majlis ini merupakan satu wadah untuk menghargai jasa-jasa kakitangan penjara kepada jabatan khususnya dan Negara amnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah dicurahkan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. Disamping menyuntik semangat anak-anak untuk lebih Berjaya dimasa hadapan. Seramai 27 orang pesara dan pasangan serta 118 orang anak cemerlang telah diraikan dalam majlis tersebut. PP Shuib Bin Ongah telah diberi penghormatan untuk mewakili pesara memberikan amanat dan pesanan kepada tetamu yang hadir. Majlis diserikan dengan persembahan deklamasi sajak, tarian dan nyanyian oleh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan POA dan PERSIAP kepada tetamu yang diraikan. Sumbangan telah di sampaikan oleh YBhg. KPJ Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar dan YBhg. Datin Wira Hjh Noraini Binti Man.
""