Ahad, 1 April 201 Penjara Kluang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjur Program Khidmat Masyarakat Parlimen Sembrong yang berlangsung di Kampung Gajah, Kluang. Program yang dijalankan bersama agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri ini mendapat maklumbalas positif dari penduduk kampung.
Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang mendapat penglibatan seramai 100 orang. Skop kerja yang dijalankan adalah seperti gotong-royong kebersihan, membaikpulih bangunan awam dan mengecat. Program yang telah dirasmikan oleh TPP Mahadzair Bin Che Daud, Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang.
""