Maktab Penjara Malaysia (MPM) telah menganjurkan Kursus Hak Asasi pada 17 - 19 April 2012 dan telah dihadiri oleh seramai (34) orang pegawai dari insitusi-institusi penjara. Objektif kursus adalah mendalami pengetahuan mengenai fungsi dan peranan SUHAKAM dan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan khusus mengenai hak asasi dalam pengurusan penghuni penjara. Penceramah jemputan dari SUHAKAM terdiri daripada Encik Rahman Abdullah, Puan Hasmah Abd Manaf dan Puan Lina Teoh. Program Dialog Bersama SUHAKAM disertai oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Encik Muhammad Sha'ani Bin Abdullah dan PP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail dari Unit Perundangan IPPM. Moderator pada majlis tersebut ialah TPP Ahmad Zulkarnain Bin Abdul Khalid dari Unit Kemahiran dan Pembangunan Modal Insan MPM. Program tersebut turut disertai oleh Timbalan Komandan MPM, PP Delber Singh a/l Sadhu Singh, pegawai-pegawai dari MPM, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang , Penjara Seremban dan Unit K9..
""