| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ihtifal Kesenian Islam Penjara Negeri Sarawak

Pada 19 April 2012, Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak telah menganjurkan Majlis Ihtifal Kesenian Islam Peringkat Penghuni Penjara Negeri Sarawak Bagi Tahun 2012. Seramai 40 orang penghuni telah mewakili penjara di seluruh Sarawak iaitu 12 orang dari Penjara Puncak Borneo, Kuching, 8 orang dari Penjara Pusat Sri Aman, 14 orang dari Penjara Pusat Sibu, 4 orang dari Penjara Pusat Miri dan 2 orang dari Penjara Pusat Limbang. Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dimenangi oleh Penjara Miri. Kategori Hafazan Tahap Satu dimenangi oleh Penjara Pusat Limbang. Pertandingan Marhaban pula dimenangi oleh Penjara Puncak Borneo. Pertandingan Nasyid dimenangi oleh Penjara Pusat Sri Aman. Juara keseluruhan telah disandang oleh Penjara Pusat Miri. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Tuan Haji Darussalam bin Hj Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Bahagian Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis juga turut dihadiri oleh  Penolong Kanan Komisioner Abdul Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, pengarah-pengarah Institusi Penjara Sarawak, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Kaum dan masyarakat setempat.

 

""