18 April 2012 Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menerima kunjungan daripada Y.Bhg.KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang telah melakukan lawatan kerja sehari ke Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu Negeri Sembilan. Lawatan Y.Bhg Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan KPj Jamaludin b Saad dan diiringi oleh PP Kamaruddin b Jantan bersama pegawai-pegawai Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah kolam ternakan ikan air tawar, tempat pembenihan ikan air tawar dan kawasan dusun. IPD Jelebu akan dijadikan sebagai pusat pembenihan ikan dan menjadi pembekal ikan air tawar untuk penjara di Zon Tengah.
""