| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengendalian Jenazah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

19 April 2012 Unit Agama, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menganjurkan satu Kursus Pengendalian Jenazah Dari Perspektif Islam. Seramai 100 orang penghuni dan tujuh orang pegawai  terlibat dalam kursus tersebut. Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Noorzi bin Ibrahim, Bilal Masjid Jamek Kuala Klawang yang memberi pendedahan  berkaitan dengan pengurusan jenazah dari segi teori dan praktikal.  Turut hadir dalam menjayakan kursus tersebut ialah  TPP Zaidi Asri b Zainuddin. Dengan adanya kursus seperti ini diharapkan penghuni akan dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk membantu masyarakat dalam pengurusan jenazah dan bersama dengan komuniti setempat dalam aktiviti agama.

 

""