Tawau - 15 April 2012(Ahad), YS KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) telah membuat lawatan pemantauan ODP di Kg. Bukit Lalang, Semporna, Sabah. Lawatan ini turut disertai oleh TKPj Nordin bin Hj. Muhamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, PKK Tan Tian Heng Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PKK Suria bin Hj. Idris serta Ketua-Ketua Institusi Penjara Sabah dan Pengarah Parol Negeri, Sabah. Seterusnya YS. Tuan Wan Abdul Rahman bin Abdullah dan rombongan telah melawat Pejabat Parol Daerah, Tawau. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh KIP S. Hamzah bin S. Asibi, Pegawai Parol Daerah Tawau.
""