Kuching: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Wira Zulkifli Omar di pejabatnya di Menara Pelita di sini, kelmarin.
Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pe-ngarah (Pengurusan) Wan Abdul Rahman Abdullah, Pengarah Dasar Kepenjaraan KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan dan Pengarah Penjara Ne-geri Abdul Kadir Rais.
Zulkiflli mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Kuching bagi mengha-diri mesyuarat dan taklimat mengenai persediaan majlis perasmian Kompleks Penjara Puncak Borneo.
Majlis tersebut dijangka akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada Julai nanti.