Kuching, 24 April 2012 - Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah telah melapangkan masa selama lebih kurang 3 jam di Penjara Puncak Borneo Kuching. Beliau bersama rombongan yang terdiri daripada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Noriah Bt.Haji Ahmad, Timbalan Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak, Datin Dr. Hajah Napsiah Mahfoz dan beberapa orang pegawai kanan kerajaan persekutuan serta negeri telah dibawa melawat Sekolah Integriti di mana mereka diberi penerangan tentang aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah tersebut.
""