Pada Jumaat 23 September 2011, Penjara Tapah telah diaudit oleh dari Cik Norhashimah binti Ibrahim dari Pejabat MPC Cawangan Utara, Parit Buntar. Dalam lawatan auditan beliau ke semua 6 zon yang terlibat, beliau amat berpuashati dengan persembahan dan juga pematuhan kriteria-kriteria serta pengekalan amalan yang ditetapkan dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Beliau juga memuji beberapa usaha penambahbaikan yang telah dilakukan. Pada akhir taklimat penggulungan audit, telah mengucapkan tahniah dan mengumumkan bahawa Penjara Tapah, Perak telah mendapat Pengekalan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S' dan sekaligus mendapat Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi kali ke 2 sehingga 23 September 2012. ""