Pada 24 September 2011, pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengambil bahagian ke Progam Karnival 1 Malaysia yang telah diadakan di Pekan Tanjung Tualang, Perak. Agensi dan Jabatan Kerajaan dibawah KDN telah bergabung tenaga bagi menjayakan program ini.Penjara Taiping telah menyediakan booth pameran bagi menyampaikan maklumat terkini jabatan kepada para pengunjung. Tidak ketinggalan juga Unit Vokasional & Industri dan Unit Rundingcara Penjara Taiping telah turut serta didalam program ini dengan mengadakan Jualan Infokraf kepada para pengunjung. Para pengunjung melahirkan rasa kagum dengan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh para penghuni.
Karnival telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato� Seri Mohd Najib Abdul Razak serta isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Penguasa Penjara Hj. Turedy b. Hj Abdullah telah mewakili Pengarah Penjara Taiping untuk memberi cenderahati kepada Dato� Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai tanda kenang-kenangan daripada Jabatan Penjara Malaysia. ""