Pada 14hb September 2011 (Rabu) bersamaan 16 Syawal 1432H, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Institusi Penjara Bentong, Pahang bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah . Majlis di meriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada Y.B Dato' Ho Khai Mun ( ADUN Bilut ), ADUN Ketari, Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar dan Datin Wira , Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Ketua-ketua Institusi Zon Timur dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Daerah Bentong. Majlis juga di serikan dengan persembahan nyanyian oleh kakitangan, pertandingan gerai tercantik serta cabutan bertuah. Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah sudi untuk menyampaikan duit raya kepada anak-anak kakitangan Penjara Bentong yang hadir pada malam tersebut.
""