Pada 14 September 2011 - Penjara Sungai Petani telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri. Program ini adalah program tahunan yang dijalankan setiap kali menyambut hari lebaran. Program Jalinan Kasih ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada keluarga untuk perjumpaan bersemuka dengan banduan bagi memupuk perasaan kasih dan sayang antara keluarga dan banduan. Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah Penjara Sungai Petani PKP Mohd Muslih bin Mahmud.
""