Seramai tujuh peninju dari Sekolah Henry Gurney, Telok Mas telah dipilih bagi mewakili Negeri Melaka dalam Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan anjuran Persatuan Tinju Amatur Pulau Pinang yang bermula pada 17 hingga 21 September 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Kontijen SHG diketuai oleh IP Mohamad Idham Bin Mohamad Fahmi, SP 8305 Mat Zaili Bin Talib (Pegawai Pengiring), SPB) Sukumaran (Jurulatih), (Jurulatih/ Pegawai Pengiring), WP 15026 Rashid Bin Nordin (Pegawai Pengiring / Fisioterapi), WP 11429 Nazri (Pegawai Pengiring). Pada sesi timbang berat dan pemeriksaan perubatan semua peninju telah berjaya dan tiada masalah berdasarkan kategori masing-masing. Dua orang peninju dari SHG Melaka telah berjaya memasuki peringkat akhir dalam kategori 69 kg dan 52 kg. Pingat emas telah berjaya diperolehi melalui penyertaan Ram Kumar a/l Govindasamy dalam kategori 69kg yang sememangnya dari peringkat awal lagi telah menunjuk prestasi yang cemerlang mengalahkan peninju dari Negeri Perak dipusingan akhir. Berikut adalah keputusan penuh nama peninju dan kategori yang mereka sertai dan kejayaan yang dicapai oleh penghuni SHG Melaka :-
Emas 1.RAM KUMAR A/L GOVINDASAMY Kategori 69 KG
Perak 1. RAKULAN A/L KRISHNAN Kategori 52 KG
Gangsa 1. AHMAD ZULFAIS�S BIN MOHD FUAD Kategori 75 KG 2. MOHAMMAD ILLAHI BIN JOHARI Kategori 49 KG
""