Kajang, 24 September 2011 (Sabtu), - Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah telah diadakan di Dataran Hijau, Penjara Kajang. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Y. Bhg. Dato� Seri Dr Suwaminathan a/l V.A Chellaiah, Pengerusi, Lembaga Hakim Pelawat Penjara Malaysia dengan diiringi oleh PKP S. Gunasegaran a/l Shammugam, Timbalan Pengarah Penjara Kajang. Program yang bermula jam 09.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi telah disertai oleh (30) orang banduan sabitan yang terpilih. Penyertaan keluarga cukup membanggakan dan ini membuktikan bahawa para penghuni tidak disisih dan masih dalam perhatian keluarga.
""