Pada 25 September 2011, Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Malam Mesra Aidilfitri Penjara Taiping. Majlis tersebut telah di adakan di Perkarangan tempat letak kereta Penjara Taiping. Majlis tersebut telah di hadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Daerah Taiping , Ketua - ketua Instisusi Penjara Negeri Perak, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Pegawai Parol Negeri Perak serta ahli keluarga kakitangan.Program tersebut telah berlansung dalam suasana riang gembira.
Majlis telah dihiburkan dengan Band Taming Sari Penjara Taiping serta penyampaian kepada anak-anak kakitangan yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM. Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian wang insuran kepada balu allahyarham isteri kepada SJN 4991 Nordin Bin Md Noor. Majlis lagi dimeriahkan dengan penyampaian Duit Raya kepada kanak-kanak dan juga cabutan bertuah. Atucara program ini telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah
""