Penjara Kajang-Pada 22 September 2011 telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan kepada penghuni daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bertempat di Penjara Kajang. Majlis dihadiri oleh tetamu terhormat YBhg. DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YBhg. Dato' William WT Lim, Pengerusi MCPF. Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Bukit Wira iaitu TKPj Supri bin Hashim, Bahagian Dasar Kepenjaraan dan PKK Osman bin Ahmad, Bahagian Keselamatan dan Inteligen. Program dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh PKP S. Gunasegaran a/l Shammugam, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan diakhiri dengan penyerahan sumbangan kepada 25 penghuni lelaki, Penjara Kajang dan 5 penghuni wanita, Penjara Wanita Kajang.
""